Pengguna iOS Masih Menunggu Kemaskini Terbaru PUBG Mobile

Setakat pada waktu artikel ini ditulis, pemain permainan PUBG Mobile bagi peranti iOS masih lagi menunggu untuk kemaskini terbaru daripada pembangun permainan tersebut iaitu Tencent Games. Menurut seorang pegawai rasmi mereka, kelewatan kemaskini untuk peranti iOS pada kali ini disebabkan oleh masalah pada proses review di Apple App store.



Kemaskini 0.4.0 ini telah dikeluarkan untuk peranti Android pada awal minggu ini dan ia menyebabkan pemain yang menggunakan peranti Android dan iOS ini tidak dapat untuk bermain bersama. Tencent Games menjanjikan pelbagai pembaharuan pada kemaskini kali ini, jadi ini menyebabkan para pemain tidak sabar untuk mendapatkannya.

Buat masa ini, pasukan pembangungan dari Tencent Games menyatakan bahawa kemaskini untuk iOS sedang giat dibangunkan dan akan diumumkan sebaik sahaja tugasan mereka selesai melalui siaran langsung di layar rasmi Reddit mereka. Melalui kemaskini ini, pihak Tencent memberitahu bahawa pemain akan dapat merasai kualiti semasa menggunakan kenderaan dan senjata yang lebih baik dari sebelumnya.



Selain itu, terdapat dua mod baru yang akan diperkenalkan iaitu Arcade Mode dan Training Grounds. Arcade Mode akan membolehkan pemain bermain dengan 28 orang serta menggunakan salah satu variasi tersebut iaitu Shotguns, Sniper Rifles, All Weapons, Melee, Pistols dan Item Heaven. Manakala , bagi Training Grounds pula pemain akan dapat melatih skil menembak mereka dengan menggunakan sebarang senjata yang dikehendaki.

Sumber