Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Segera, Kelemahan Peranti Android Dieksploitasi

Kemas Kini Segera, Kelemahan Peranti Android Dieksploitasi

Diterbitkan Mac 4, 2026 oleh ariff bukhari

Google mengesahkan eksploitasi kelemahan serius dalam komponen grafik peranti Android.

Kelemahan itu mula dilaporkan oleh pasukan keselamatan Android pada Disember 2025 lalu, dengan Qualcomm memaklumkan pelanggan pada Februari 2026, manakala Google mendedahkannya secara terbuka pada Mac 2026.

Google turut menyatakan terdapat tanda eksploitasi berlaku di luar sana.

Kemas Kini Segera, Kelemahan Peranti Android Dieksploitasi

“Isu yang paling teruk ialah kelemahan keselamatan kritikal dalam komponen Sistem yang boleh menyebabkan pelaksanaan kod jarak jauh tanpa memerlukan keistimewaan pelaksanaan tambahan. Interaksi pengguna tidak diperlukan untuk eksploitasi.”

Ekoran itu, menerusi kemas kini keselamatan Android Mac 2026, Google membaiki sejumlah 129 isu kelemahan.

Tampalan ke atas isu ini sudah mula dikeluarkan secara berperingkat kepada pengeluar.

Sehubungan itu, pengguna disyorkan untuk segera menyemak telefon pintar Android mereka sama ada sudah menerima kemas kini terbaru dari pengeluar menerusi Settings > System > System updates.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Selepas Peroleh Kontrak Pentagon, ChatGPT Berdepan Boikot Besar-Besaran
  • Rangkaian 5G U Mobile Diiktiraf Paling Pantas Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY