Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini iOS 17.6.1 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat

Kemas Kini iOS 17.6.1 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat

Diterbitkan Ogos 8, 2024 oleh Amalina Athman

Selepas mengeluarkan iOS 17.6 dan iPadOS 17.6 pada minggu lalu, Apple hari ini melepaskan iOS 17.6.1 dan iPadOS 17.6.1 untuk pengguna iPhone dan iPad.

Menurut Apple, kemas kini iOS 17.6.1 termasuk pembetulan pepijat penting dan menangani isu yang boleh menghalang pengguna untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri Perlindungan Data Lanjutan (Advanced Data Protection).

Kemas Kini iOS 17.6.1 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat

Untuk makluman, Perlindungan Data Lanjutan merupakan ciri pilihan yang menggunakan penyulitan hujung ke hujung kepada beberapa perkhidmatan iCloud. Antaranya termasuk sandaran peranti dan mesej, pas wallet, foto, memo suara serta banyak lagi.

Difahamkan, pepijat Perlindungan Data Lanjutan dalam iOS 17.6 menjejaskan sebilangan kecil pengguna. Pengguna yang cuba mengaktifkan ciri ini akan melihat mesej ralat. Jika mematikannya pula, antara muka akan menunjukkan bahawa ciri itu telah dinyahaktifkan, walaupun ia sebenarnya masih aktif untuk data iCloud.

Untuk kemas kini iOS 17.6.1 atau iPadOS 17.6.1, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Selain iOS 17.6.1, Apple turut mengeluarkan iOS 16.7.10 dan iPadOS 16.7.10 bagi peranti yang tidak dapat atau belum dikemas kini kepada iOS 17.

Berkaitan

  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • Pengguna iOS 18 Kelak Boleh Pulihkan Gambar, Video Yang Hilang Atau Rosak
  • iOS 17.6 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat, 30 Tampalan Keselamatan
  • Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence

Rujukan: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY