Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18 Recover

Pengguna iOS 18 Kelak Boleh Pulihkan Gambar, Video Yang Hilang Atau Rosak

Diterbitkan Julai 16, 2024 · Dikemas kini Julai 16, 2024 oleh Amalina Athman

iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia menyertakan album “Recovered” dalam aplikasi Photos untuk membantu pengguna memulihkan foto dan video yang hilang atau rosak.

Terdapat beberapa keadaan di mana foto atau video boleh hilang dan/atau rosak. Sebagai contoh, ia boleh berlaku disebabkan oleh isu kerosakan pangkalan data atau imej yang diambil dengan aplikasi kamera tidak disimpan dengan betul ke Photos Library.

Aplikasi pihak ketiga yang mempunyai kebenaran untuk mengurus Photos Library juga boleh menyebabkan kandungan hilang dan/atau rosak.

Apabila menaik taraf kepada ‌sistem operasi baharu itu kelak, iPhone, iPad atau Mac akan mengimbas secara automatik untuk foto dan video yang boleh dipulihkan, memberikan akses segera kepada sebarang kandungan yang hilang.

Pengguna boleh melihat sama ada terdapat album “Recovered” dengan mengikut langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Photos
  2. Tatal ke bawah dan cari “Utilities”
  3. Tekan “Recovered” dan sahkan dengan Face ID atau Touch ID
  4. Klik pada gambar atau video dan pilih “Permanently Delete” atau “Restore to Library”

Namun begitu, perlu diketahui bahawa album “Recovered” hanya akan muncul dalam aplikasi Photos jika terdapat sebarang foto dan video yang hilang atau rosak pada peranti. Sekiranya tiada, ia tidak akan dipaparkan sebagai pilihan.

Berkaitan

  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY