Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17.6 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat, 30 Tampalan Keselamatan

iOS 17.6 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat, 30 Tampalan Keselamatan

Diterbitkan Julai 30, 2024 · Dikemas kini Julai 30, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan versi terkini perisian iPhone dan iPad, iaitu iOS 17.6 dan iPadOS 17.6. Kemas kini ini memberikan pembetulan pepijat dan tampalan keselamatan penting, serta disyorkan untuk semua pengguna.

Menurut dokumen sokongan keselamatan Apple, iOS 17.6 dan iPadOS 17.6 menangani 30 tampalan keselamatan. Antaranya melibatkan isu Family Sharing, imej, aplikasi Phone, storan Photos, Shortcuts, Siri, VoiceOver, Webkit, Kernel dan sebagainya.

iOS 17.6_3
iOS 17.6_4
iOS 17.6_5
iOS 17.6_6

Sebagai contoh, kelemahan keselamatan dalam Family Sharing boleh membocorkan maklumat lokasi sensitif kepada aplikasi, manakala pepijat imej boleh membenarkan fail yang direka secara berniat jahat untuk menamatkan aplikasi.

Walaupun tiada satu daripada kelemahan keselamatan ini yang diketahui dieksploitasi secara aktif, tetapi adalah penting untuk melakukan kemas kini dengan segera.

iOS 17.6_2

Untuk kemas kini iOS 17.6 atau iPadOS 17.6, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now.

Sebagai tambahan, Apple turut menyediakan kemas kini keselamatan iOS 15.8.3 dan iPadOS 15.8.3 serta iOS 16.7.9 dan iPadOS 16.7.9 bagi peranti yang tidak dapat dikemas kini kepada ‌iOS 17‌.

Berkaitan

  • Ciri Perlindungan Peranti Dicuri Diperkenal Dalam iOS 17.3, Ini Cara Aktifkan
  • Apple Keluarkan iOS 17.5.1 Bagi Tangani Isu Gambar Lama Muncul Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY