Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Macbook Pro

Peranti ‘Refurbished’ Apple Mungkin Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Sebabnya

Diterbitkan Januari 22, 2023 · Dikemas kini Januari 22, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Istilah ‘refurbished’ sering digunakan penjual tempatan sebagau taktik pemasaran untuk memberitahu walaupun iPhone itu berstatus terpakai, tapi ia berkualiti tinggi.

repair phone iphone (1)

Hal ini kerana Apple sendiri menjual semula peranti terpakai mereka dengan menggunakan istilah ‘refurbished’, di mana mereka sendiri membaiki peranti sebelum dijual semula.

Berkaitan

  • Apple Store Di Kuala Lumpur Akan Dibuka? Dilaporkan Foto Tunjuk Kerja-Kerja Pembinaan Sedang Berjalan
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • Sah, Apple Store Di Kuala Lumpur, Jawatan Kosong Kini Dibuka
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa

Namun apakah benar iPhone ‘refurbised’ dijual peniaga di sini benar-benar daripada Apple? Sungguh, hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Peranti ‘Refurbished’ Apple Mungkin Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Sebabnya

Berita baik, aplikasi Apple Store (bukan kedai fizikal) didapati menyenaraikan Mac dalam kategori Refurbished.

Tiada pengumunan rasmi berkenaannya daripada Apple Malaysia setakat ini.

Bahkan, selepas ditekan “Shop”, tiada produk tersenarai lagi.

Untuk makluman, peranti ‘refurbished’ daripada Apple mempunyai jaminan 1 tahun serta sesetengah model turut hadir dengan bateri baharu.

Peranti ‘Refurbished’ Apple Mungkin Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Sebabnya

Ada netizen berpendapat bahawa berita ini mengukuhkan lagi dakwaan kedai Apple pertama di Malaysia akan dibuka tidak lama lagi.

Menurutnya, hanya negara yang mempunyai kedai Apple akan menawarkan peranti dengan label “Certified Refurbished”.

Tempoh hari, kami ada kongsikan bahawa Apple Malaysia sedang mencari kakitangan Genius lantas mengukuhkan dakwaan kewujudan Apple Store di KL.

Sama-sama kita nantikan pembukaan Apple Store dan jualan peranti ‘refurbished’ secara rasmi di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY