Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kembali Dengan Pembesar Audio Pintar, HomePod Generasi Ke-2

Apple Kembali Dengan Pembesar Audio Pintar, HomePod Generasi Ke-2

Diterbitkan Januari 19, 2023 ยท Dikemas kini Januari 19, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas hampir 2 tahun menamatkan pengeluaran pembesar audio pintar HomePod, Apple kini kembali dengan HomePod Generasi Ke-2 pada awal tahun 2023 ini.

HomePod adalah peranti sistem pembesar audio pintar yang dilancarkan Apple pada tahun 2018 dan dan dijual pada harga US$349 (~RM1500).

Tetapi untuk HomePod terbaru ini, Apple menawarkannya pada harga yang lebih murah di mana ia kini berharga USD299 (~RM1300) sahaja.

Apple Kembali Dengan Pembesar Audio Pintar, HomePod Generasi Ke-2

Apple menyatakan, rekaan HomePod generasi ke-2 dan kualiti audionya telah dipertingkat dengan cip S7 terbaru yang digabungkan bersama perisian serta teknologi sistem penderiaan yang memaksimumkan potensi sistem akustik peranti.

HomePod generasi ke-2 sudah tersedia untuk ditempah di AS serta beberapa negara lain termasuklah Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol dan UK.

Untuk pasaran tempatan pula, Apple Malaysia tidak membawa masuk peranti audio tersebut buat masa ini.

Mungkin selepas Apple Store fizikal rasmi ada di Malaysia barulah peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

https://youtu.be/Gz8kocrwJKU

Berkaitan

  • MacBook Pro Baharu Kini Rasmi - Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM
  • Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan - Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu
  • Apple Turut Perkenal Mac mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro - Harga Bermula RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY