Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16.1.2

Kemas Kini iOS 16.1.2 Tersedia Dengan Penambahbaikan Ciri ‘Crash Detection’ Dan Keselamatan

Diterbitkan Disember 1, 2022 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah melepaskan iOS 16.1.2, yang merupakan satu lagi kemas kini kecil selepas mengeluarkan iOS 16.1.1 pada bulan lalu.

Berkaitan

  • Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'iCloud Shared Photo Library' Pada iOS 16.1
  • Kemas Kini iOS 16.1.1 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat
  • Dijangka Ini 5 Ciri Baru Dalam iOS 16.2, Tapi Mungkin Hanya 1 Yang Menarik Perhatian Anda

Melalui kemas kini iOS 16.1.2, Apple menyatakan ia hadir dengan kemas kini keselamatan yang penting. Selain itu, kemas kini ini juga menawarkan peningkatan keserasian dengan pembawa wayarles serta pengoptimuman ciri Crash Detection pada model iPhone 14 dan iPhone 14 Pro.

Kemas Kini iOS 16.1.2 Tersedia Dengan Penambahbaikan Ciri ‘Crash Detection’ Dan Keselamatan

Apple tidak memperincikan mengenai pengoptimuman ciri Crash Detection. Bagaimanapun, ia mungkin melibatkan penambahbaikan untuk menghalang model iPhone 14 daripada membuat panggilan kecemasan dalam keadaan tidak sepatutnya, seperti yang terjadi sebelum ini di mana iPhone 14 secara automatik membuat panggilan ketika pengguna menikmati roaller coaster atau permainan yang sedemikian.

Untuk kemas kini iOS 16.1.2, ianya boleh dilakukan secara over-the-air (OTA) melalui Settings > General > Software Update > Download and Install bagi model iPhone 8 dan terkini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY