Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
crashdetection roller coaster

iPhone 14 Dilapor Secara Automatik Buat Panggilan Kecemasan Ketika Naiki Roller Coaster

Diterbitkan Oktober 10, 2022 · Dikemas kini Oktober 10, 2022 oleh Amalina Athman

Melalui pelancaran siri iPhone 14, Apple telah memperkenalkan ciri ‘Crash Detection’ yang boleh diaktifkan secara automatik bagi menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan kecemasan, menyediakan lokasi serta memaklumkan kenalan jika berlaku kecemasan seperti kemalangan kereta dan sebagainya.

Bagaimanapun, laporan terbaharu kini memaklumkan ciri pengesanan itu telah diaktifkan pada iPhone 14 Pro dan secara automatik membuat panggilan ke 911 ketika pengguna menaiki roller coaster.

Since the iPhone 14 went on sale, the 911 dispatch center near Kings Island amusement park has received at least six phones calls saying:

“The owner of this iPhone was in a severe car crash…”

Except, the owner was just on a roller coaster.

🆕 by me: https://t.co/hp1fHZBIf6 pic.twitter.com/i0lZPoWzGz

— Joanna Stern (@JoannaStern) October 9, 2022

Panggilan dengan mesej suara automatik itu diulangkan sebanyak tujuh kali berserta latar belakang audio dari tempat kejadian yang kedengaran bunyi sorakan, muzik dan taman hiburan.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Kasi Langgar, 'Youtuber' Cuba Sendiri Keberkesanan Crash Detection

Menurut laporan 911, pihaknya telah menghantar pasukan ke tempat kejadian namun tidak menemui apa-apa kemalangan. Sementara itu, pengguna tersebut memaklumkan setelah menyedari apa yang berlaku, dia telah membuat panggilan semula ke nombor kecemasan tersebut bagi memaklumkan keadaan sebenar.

crash detection

Untuk pengetahuan, ciri Crash Detection pada iPhone 14 diaktifkan secara default. Bagaimanapun, pengguna boleh menyahaktifkan ciri amaran dan panggilan kecemasan automatik ini melalui Settings > Emergency SOS > Call After Serious Crash.

Sumber: The Wall Street Journal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY