Dijangka Ini 5 Ciri Baru Dalam iOS 16.2, Tapi Mungkin Hanya 1 Yang Menarik Perhatian Anda

Sistem operasi iOS 16 telah dilancarkan beberapa bulan lalu dengan pelbagai pembaharuan visual dibawakan kali ini.

Ada yang mengatakan sistem operasi kali ini banyak menyalin ciri daripada Android, ada pula mengatakan Apple melakukannya dengan lebih baik.

Sekarang, iOS 16.1 sudah pun dilepaskan beberapa minggu lalu. Kemas kini iOS 16.2 pula dijangka dilepaskan bulan hadapan.

Tatal ke bawah untuk tahu apakah ciri baharu yang dijangka akan ditampikan kali ini.

Sumber dan gambar utama: MacRumors

{snap}

Aplikasi Freeform




Aplikasi Freeform boleh diibaratkan seperti papan putih virtual yang sedia diconteng namun bukan terhad dengan lukisan semata-mata.

Menerusinya, anda boleh masukkan nota, kotak teks, bentuk, gambar, video, pautan, dokumen seperti PDF dan banyak lagi.

Pengguna iPad dan Mac pastinya akan lebih seronok memanfaatkannya kerana saiz skrin yang lebih besar dan penggunaan Apple Pencil (iPad).

Menariknya, ia juga boleh digunakan beberapa pengguna dalam masa nyata melalui FaceTime dan iMessage.

Sertai program Beta iOS 16

Semak harga iPhone 14 Pro

{snap}

Widget Sleep dan Medications di skrin kunci




Dalam iOS 16.2 nanti, dijangka dua widget baharu daripada aplikasi Apple sendiri akan diperkenal. Ia adalah widget Sleep dan Medications daripada aplikasi Health.

Untuk widget Sleep, dua saiz tersedia. Satunya petak kecil yang menunjukkan tempoh anda sudah tidur manakala petak yang lebih lebar menunjukkan tempoh bersama bar.

Bagi widget Medication pula, petak yang lebih besar menunjukkan bila anda perlu ambil ubat.

Sertai program Beta iOS 16

Semak harga iPhone 14 Pro

{snap}

Pilihan mematikan 'wallpaper' dan notifikasi dalam mod paparan kekal




Mod paparan kekal atau always-on-display (AOD) pada iOS hanya tersedia pada iPhone 14 Pro dan Pro Max. Ia juga agak berbeza berbanding Android kerana masih menampilkan warna seakan-akan skrin masih hidup.

Jadi, ia sedikit memakan bateri kerana banyak kawasan masih bernyala. Kalau di Pixel contohnya, mod AOD hanya menampilkan warna putih dan cuma ikon aplikasi bernotifikasi serta jam.

Oleh itu, Apple kini sedang menguji pilihan untuk pengguna matikan hias latar, notifikasi atau kedua-duanya sekali. Kalau anda matikan hias latar, maka yang terpapar hanyalah jam, widget dan notifikasi.

Ciri ini sudah diuji ada iOS 16.2 beta jadi berkemungkinan tinggi akan dilepaskan dalam versi stabil.

Baca artikel berita

Sertai program Beta iOS 16

{snap}

Skor perlawanan sukan secara langsung di skrin kunci melalui Live Activities




Live Activities menyokong laporan scoreboard dalam masa nyata untuk liga MLB, NBA dan Premier League. Ia akan dipaparakan pada skrin kunci dan Dynamic Island.

Namun, berita buruknya, MLB hanya tersedia untuk beberapa negara seperti AS, Kanada, Australia, UK, Brazil, Mexico, Jepun dan Korea Selatan manakala Premier League dan NBA pula terhad untuk pengguna AS dan Kanada.

Untuk mengikutinya, pengguna hanya perlu ikuti pasukan kegemaran melalui aplikasi TV.

Sertai program Beta iOS 16

Semak harga iPhone 14 Pro

{snap}

Laporan panggilan kecemasan tidak sengaja




Jika anda secara tidak sengaja telah membuatkan iPhone menghubungi talian kecemasan, maka boleh laporkannya pada Apple bersama diagnostik.

Walaupun seakan-akan ciri yang kecil, namun ini mungkin dengan ciri Crash Detection yang secara automatik hubungi pihak berkuasa jika ia mengesan kemalangan.

Sertai program Beta iOS 16

Semak harga iPhone 14 Pro