Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Dijangka Akan Diperkenalkan Seawal Penghujung Tahun 2022

Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Meningkat Sebanyak 34.9Mbps

Diterbitkan September 6, 2023 oleh ariff bukhari

Sudah lebih setahun YTL (Yes), melancarkan perkhidmatan 5G secara komersial di negara ini pada Mei 2022. Sejak itu, 5 pengendali yang lain turut mengikutinya iaitu Celcom, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan Digi, semuanya dilancarkan pada awal November 2022 lalu.

Manakala Maxis pula baru sahaja melancarkan perkhidmatan 5G mereka dalam bulan Ogos 2023 lepas.

Dalam laporan terkini yang diterbitkan oleh OpenSignal bertajuk “The impact of 5G on the Malaysian mobile experience“, pengalaman servis mudah alih di Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak November 2022.

OpenSignal mendapati, Ketersediaan 5G dan Kelajuan Muat Turun 5G menyaksikan perubahan paling dramatik dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekaligus menyumbang kepada peningkatan dalam keseluruhan pengalaman mudah alih Malaysia.

Kelajuan Muat Turun 5G Di Malaysia Meningkat Sebanyak 34.9Mbps
Pengalaman mudah alih Malaysia dalam tempoh 3 bulan selepas 4 penyedia perkhidmatan melancarkan servis 5G mereka pada awal November 2022 dengan membandingkannya dengan 3 bulan terbaharu berakhir Julai 2023.

Pemerhatian OpenSignal juga menunjukkan, peningkatan ketara dalam pengalaman pengguna antara tempoh ini, terutamanya dalam Ketersediaan 5G dan Kelajuan Muat Turun 5G.

Ketersediaan 5G telah meningkat sebanyak 3.3% iaitu daripada 17.7% kepada 21%, bermakna pengguna 5G Malaysia kini menghabiskan lebih seperlima masa mereka dengan sambungan 5G.

Kelajuan Muat Turun 5G di Malaysia juga telah meningkat sebanyak 11% (34.9Mbps) kepada 353.1Mbps setakat Julai 2023.

Berkaitan

  • Maxis Akhirnya Lancar Pelan 5G, Ini Apa Yang Ditawarkan
  • Sembang Kencang Tapi Pencapaian 5G Tidak Seperti Yang Dijanjikan - Telco Korea Selatan
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023

Sumber: OpenSignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY