Sembang Kencang Tapi Pencapaian 5G Tidak Seperti Yang Dijanjikan - Telco Korea Selatan

Penyedia rangkaian telekomunikasi mudah alih terbesar di Korea Selatan, SK Telecom telah mengisytiharkan bahawa 5G telah digembar-gemburkan secara berlebihan. Sebaliknya ia tidak memberikan seperti apa yang diperkatakan sebelum ini.

Kenyataan itu berdasarkan kepada penilaian kertas putih yang diterbitkan baru-baru ini oleh syarikat telekomunikasi itu bertajuk "5G Lessons Learned, 6G Key Requirements, 6G Network Evolution, and 6G Spectrum."

Kertas putih itu menyatakan, biarpun pelbagai matlamat telah dicapai, namun sebenarnya masih banyak yang masih jauh untuk matlamat dicapai meskipun selepas 4 tahun 5G dikomersialkan.

Kapsyen: Evolusi antara perkhidmatan/terminal dan komunikasi mudah alih. Kredit: SK Telecom.


Antaranya adalah pengaplikasian daripada manfaat keupayaan rangkaian 5G lain seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini seperti video 3D, penstriman UHD, AR/VR, pemanduan autonomi, operasi pembedahan secara jarak jauh dan sebagainya adalah antara perkhidmatan utama yang masih belum berjaya dicapai oleh Pengesyoran Visi 5G.

Kegagalan itu bukanlah disebabkan oleh prestasi 5G, tetapi ia berpunca daripada gabungan "kekangan faktor bentuk peranti, ketidakmatangan teknologi peranti dan perkhidmatan, permintaan pasaran yang rendah atau tiada serta isu dasar/peraturan."

Kapsyen: Servis yang dijanjikan bakal tiba pada tahun 2030 nanti. Kredit: SK Telecom


Jadi bagi mengatasi isu itu, laporan penilaian kertas putih itu menyatakan, untuk berjaya menyelesaikan perkhidmatan inovatif dalam era 6G, semua peserta dalam ekosistem harus bekerjasama untuk menyediakan alam sekitar bersama-sama dengan teknologi 6G.

{suggest}

Sumber: SK Telecom, The Register