Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Nasional Berhad

Kelajuan Muat Turun 5G Malaysia Diiktiraf Ke-2 Terpantas Di Rantau Asia Pasifik

Diterbitkan September 25, 2024 ยท Dikemas kini September 25, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan laporan terbaru Opensignal yang dikeluarkan hari ini menyatakan, Malaysia telah menyaksikan peningkatan yang mengagumkan dalam purata kelajuan muat turun, kesan daripada komitmen kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur digital dan pengalaman pengguna mudah alih secara keseluruhan.

Opensignal mendedahkan, Malaysia berada ditangga kedua dalam senarai pengalaman kelajuan muat turun 5G di rantau Asia Pasifik.

Dengan kelajuan muat turun sepantas 295.5Mbps, Malaysia di atasi Korea Selatan yang mencatatkan rekod muat turun 5G terpantas yang berkelajuan 427.5Mbps.

Malah Korea Selatan juga merekodkan kelajuan muat naik terpantas di rantau ini pada kelajuan 52.2Mbps.

Malaysia pula berada dikedudukan ke-3 di bawah Taiwan dengan kelajuan 34.4Mbps.

Kelajuan Muat Turun 5G Malaysia Diiktiraf Ke-2 Terpantas Di Rantau Asia Pasifik

Opensignal dalam ulasannya berkaitan Malaysia menyatakan, pencapaian ini dicapai melalui rangkaian borong 5G Malaysia di mana Ketersediaan 5G berada di kedudukan lima teratas untuk pasaran Asia Pasifik (APAC) pada 31.8%.

“Di sebalik prestasi positif ini dari perspektif rangkaian, MNO Malaysia kini membida untuk membina rangkaian 5G kedua di negara ini. “

Opensignal berkata, India, Sri Lanka dan Malaysia telah menyaksikan peningkatan kelajuan terbesar antara 4G dan 5G.

Walaupun peningkatan 4G ke 5G Sri Lanka untuk kelajuan muat turun jauh lebih tinggi daripada Malaysia, tapi kurang daripada 2% peranti di sana berkeupayaan 5G manakala lebih 37% daripada jumlah sambungan Malaysia adalah sambungan 5G.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Siaran media Opensignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY