Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kecacatan ‘Google Fast Pair’ Dedah Berjuta Peranti Audio Pada Serangan Penggodam

Kecacatan ‘Google Fast Pair’ Dedah Berjuta Peranti Audio Pada Serangan Penggodam

Diterbitkan Januari 20, 2026 oleh ariff bukhari

Penyelidik KU Leuven telah melaporkan kelemahan besar dalam sistem Google Fast Pair yang digunakan untuk menyambungkan peranti audio Bluetooth.

Kelemahan ini yang dinamakan sebagai WhisperPair menjejaskan ratusan juta fon telinga, fon kepala dan pembesar suara.

Masalah ini timbul kerana banyak pengeluar tidak melaksanakan semakan keselamatan asas: peranti sepatutnya hanya menerima sambungan baharu apabila berada dalam mod pairing, tetapi sebaliknya ia sentiasa terbuka.

Akibatnya, penyerang dalam jarak Bluetooth boleh merampas kawalan, menyuntik atau mengganggu audio, mengawal volum, malah mengaktifkan mikrofon tanpa kebenaran.

Lebih berbahaya, penyerang boleh mendaftarkan peranti ke akaun Google sendiri melalui Find My Device, sekali gus menjejak lokasi tanpa disedari mangsa.

Bertindak ke atas pendedahan itu, Google kini sedang bekerjasama dengan pengeluar untuk membaiki isu ini, namun kemas kini firmware tidak menyeluruh, terutama bagi aksesori murah yang jarang dikemas kini.

Anda boleh tonton video di bawah yang menunjukkan bagaimana isu ini menjejaskan pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Teknik Baru Penggodam Bolehkan Telefon Android Digodam Sekelip Mata
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Kad Ryt Bank Kini Sokong Google Pay - Ini Cara Tambah

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY