Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Turut Batalkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Kebakaran Saluran Gas: TM Tawar Pengecualian Bil Unifi, Gantian Peralatan Percuma

Diterbitkan April 4, 2025 · Dikemas kini April 4, 2025 oleh Amalina Athman

Telekom Malaysia Berhad (TM) memaklumkan bahawa pihaknya sedang melaksanakan beberapa langkah bantuan dan pemulihan segera bagi menyokong pelanggan yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini.

Antaranya bantuan yang disediakan termasuk:

  • Pengecualian bil Unifi Home untuk sekurang-kurangnya satu bulan, bergantung kepada perkembangan kerja pemulihan rangkaian.
  • Lanjutan tempoh pembayaran kredit kepada 60 hari tanpa penggantungan perkhidmatan
  • Penggantian percuma peralatan pelanggan (CPE) seperti penghala (router), modem atau peranti mesh yang rosak.
  • Sokongan di lokasi (OSS) dan kerja-kerja pendawaian dalaman standard secara percuma.
  • Bantuan keutamaan bagi pelanggan Unifi Home dan PKS melalui talian khidmat pelanggan 100.
  • Akses WiFi percuma di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan komunikasi tidak terputus dan akses kepada perkhidmatan penting dapat diteruskan.

Pada masa yang sama, TM memaklumkan kerja-kerja pemulihan perkhidmatan dan pembinaan semula infrastruktur rangkaian yang terjejas akan dilaksanakan secara berperingkat, bergantung kepada tahap kerosakan yang berlaku.

Kerja pemulihan ini dijangka akan dimulakan sebaik sahaja TM mendapat kebenaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa berkaitan.

Dalam pada itu, TM berkata pihaknya akan terus berkongsi maklumat terkini berhubung perkembangan kerja pemulihan dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Jalur Lebar Tetap TM Unifi Kini Dilanggan Lebih Daripada 3 Juta Pelanggan
  • Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan, Harga RM180
  • Aplikasi Unifi Mobile Kini Dijenamakan Sebagai Unifi UniVerse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY