Kawasan Pedalaman Sarawak Bakal Dihubungkan Dengan Talian Komunikasi Menjelang Tahun 2025

Sematan- Negeri Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dengan keluasan yang menjangkau sehingga 124, 450 kilometer persegi. Merupakan negeri yang terkenal dengan kawasan hutan hujan tropika, talian komunikasi di Sarawak masih belum dapat dinikmati sepenuhnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman.

Memetik berita dari portal akhbar Berita Harian, kerajaan negeri menyasarkan 2025 sebagai tahun dimana sebahagian besar kawasan pedalaman negeri itu diliputi dengan talian komunikasi berkelajugan tinggi. Hal ini telah diumumkan oleh menteri kemudahan awam Sarawak, Datuk Stephen Rundi Utom, selepas beliau merasmikan Majlis Pelancaran Menara dan Perkhidmatan Telekomunikasi Kampung Teluk Melano semalam.

Menurut beliau, kerajaan negeri dan kerajaan pusat sentiasa mencari langkah dan kaedah terbaik dalam menyediakan kemudahan komunikasi kepada masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak. Dengan adanya menara yang dibina di Telok Melano ini, ia diharap dapat meningkatkan sektor pelancongan kawasan terbabit. Masyarakat setempat juga boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini untuk berhubung dengan dunia luar supaya seiring dengan arus pemodenan.

Sumber: Berita Harian