Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Sasar Terajui Pasaran China Dalam Masa 3 Tahun

Xiaomi Sasar Terajui Pasaran China Dalam Masa 3 Tahun

Diterbitkan Jun 19, 2019 ยท Dikemas kini Jun 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bukan hanya sekadar memasarkan telefon pintar, Xiaomi jenama yang diminati ramai ini turut menawarkan pelbagai gajet, aksesori serta perkakasan pintar bagi ekosistem IoT mereka.

Bermula dengan pembukaan kedai pada 2014, Xiaomi mula mengorak langkah menjadi salah satu pengeluar peranti yang disegani, bukan sahaja ditanah besar China sahaja, malah dirantau yang lain.

Penyenaraian didalam bursa saham Hong Kong tahun lalu boleh dikatakan sebagai titik tolak kepada syarikat ini untuk melebarkan lagi sayap mereka dalam industri teknologi.

Sebulan selepas mengumumkan penstrukturan organisasi pada Mei yang lepas, Lei Jun, selaku pengerusi serta CEO syarikat telah mengusulkan slogan “Xiaomi Iron Army, three years of victory!”. Mereka menyasarkan dalam tempoh tiga tahun, syarikat mampu menerajui pasaran China yang turut membayangkan untuk mengetengahkan lagi jenama Xiaomi, Redmi serta produk IoT.

Disamping itu, mereka juga tidak mengetepikan peluang mengembangkan lagi penawaran pada pasaran 5G di China. Walaupunbegitu, sasaran ini sedikit mencabar kerana umum sudah maklum bahawa, Huawei sedia memegang pasaran China dengan teknologi serta produk-produk keluaran mereka. Adakah Xiaomi mampu memintas atau sekurang-kurangnya memberikan saingan rapat kepada Huawei? Apa pendapat anda?

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY