Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasaran Jam Tangan Pintar Global Meningkat, Apple Kekal Di Kedudukan Teratas

Pasaran Jam Tangan Pintar Global Meningkat, Apple Kekal Di Kedudukan Teratas

Diterbitkan Jun 19, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sewaktu wabak Covid-19 melanda dunia, kita telah lihat penurunan pemasaran untuk beberapa peranti, contohnya seperti telefon pintar. Namun tidak semua terkesan, dimana pemasaran jam tangan pintar dilaporkan meningkat 12% untuk suku pertama tahun 2020.

Mengungkap laporan daripada Canalys, pemasaran jam tangan pintar sudah menjangkau ke 14.3 juta unit. Bagi tempoh ini juga, Apple masih berada di kedudukan teratas walaupun mengalami kejatuhan pemasaran sebanyak 13%. Canalys turut meramal pemasaran Apple Watch akan mencecah 100 juta unit pada 3 bulan akan datang.

Tangga kedua pula adalah milik Huawei yang memperoleh peningkatan terbesar iaitu 113%, peningkatan dari 7.9% kepada 14.9%. Pengeluar seperti Samsung, Garmin dan lain-lain merekodkan kenaikan kecuali Fitbit dilapor menghadapi penurunan 21%.

Canalys Report

Selain daripada itu, China dijangka akan memacu pertumbuhan jam tangan pintar tahun 2020 lanjutan daripada hasil ekonomi yang kian memulih disamping pembabitan jenama tempatan negara itu seperti, Huawei, Xiaomi dan OPPO. Laporan penuh boleh dilihat pada pautan ini – Canalys: Worldwide smartwatch shipments grew 12% in Q1 2020 despite coronavirus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY