Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Moto Z dan Moto Z Play Dilancar Secara Rasmi Di Malaysia

Posted on November 1, 2016

Semalam, Lenovo secara rasminya telah melancarkan model telefon pintar terbaru mereka, Moto Z dan Moto Z Play bagi pasaran Malaysia. Telefon berkenaan pertama kali dipertontonkan kepada umum pada Lenovo Tech World 2016 yang berlangsung bulan Jun yang lalu. Dan September yang lepas pada acara IFA 2016, hanya model Moto Z Play yang dipamerkan kepada pengunjung.

Untuk keluaran kali ini, Moto Z merupakan versi premium dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Tampil dengan reka bentuk setebal 5.2mm ia akan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 820, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB dan mampu ditambah sehingga 2TB menerusi slot mikroSD. Model ini dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 5.5inci AMOLED QHD dan dihadirkan dengan kamera belakang 13 megapixel serta kamera hadapan 5 megapixel.

Disebabkan reka bentuknya yang nipis, Lenovo terpaksa melakukan beberapa perubahan bagi keluarannya kali ini. Antaranya ialah, bateri dengan kapasiti yang agak rendah; 2600 mAh dan ia tidak hadir dengan bicu audio sama seperti iPhone 7.

Versi kedua ialah Moto Z Play, dengan spesifikasi yang agak rendah sedikit. Walaupunbegitu, ia masih mampu memberi saingan kepada telefon midrange yang lain dengan cip pemproses Snapdragon 625 dan RAM 3GB. Telefon ini dipasang dengan skrin paparan Super AMOLED 5.5inci dan hanya hadir dengan storan dalam 32GB saja tapi mampu di tambah sehingga 2TB menerusi slot kad mikroSD. Berbeza dengan versi premium, Moto Z Play dikuasakan dengan bateri 3150 mAh yang diyakini mampu bertahan sehari tanpa perlu dicas.

moto_z_play_moto_z_600
Moto Z (kanan) Moto Z Play (kiri)

moto_z_play_moto_z_back_600

Untuk makluman semua, telefon pintar ini menggunakan port USB Type-C. Selain itu, kedua-dua model ini bakal digandingkan dengan peranti baru mereka yang dikenali sebagai Moto Mods. Moto terbahagi kepada 4 iaitu; Hasselblad True Zoom, JBL SoundBoost, Insta-Share Projector dan Incipio offGRID pek kuasa yang mengandungi bateri 3200 mAh.

Moto Z dan Moto Z Play akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM 2699 dan RM 1799. Harga bagi peranti Moto Mods disenaraikan pada bahagian gambar.

hasselblad_true_zoom_600
Hasselblad True Zoom, memudahkan anda merakam foto dengan lebih baik. RM1,299

 

jbl_soundboost_speaker_600
Nikmati lagu kegemaran anda dengan kualiti bunyi yang menakjubkan menerusi JBL SoundBoost Speaker. RM599

 

insta-share_projector_600
Insta-Share Projector bakal mengubah Moto Z dan Moto Z Play anda menjadi projektor mudah alih. RM1,399

 

Pek kuasa Incipio offGRID RM499
Pek kuasa Incipio offGRID
RM499

 

Terdapat juga Moto Shells; melindungi telefon anda dari kesan calar dan hentakan. Harga jual RM79
Terdapat juga Moto Shells; melindungi telefon anda dari kesan calar dan hentakan. Harga jual RM79

Model baru keluaran Lenovo ini bakal berada dipasaran mulai hujung bulan November ini. Anda boleh membuat pra tempah menerusi 11street dan Lazada bermula 4 November 2016. 50 pembeli terawal bakal menerima  JBL SoundBoost secara percuma apabila membeli secara pra tempah melalui 11street ataupun Lazada.

Sumber: Hardwarezone Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress