Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 3 – Low Res

Sunway Pyramid Lancarkan Aplikasi Navigasi Dalam Pusat Beli-Belah

Diterbitkan April 8, 2019 · Dikemas kini April 9, 2019 oleh Helmi Samsuri

Membeli-belah memang menyeronokkan tetapi ia merumitkan dan membuang masa jika anda tercari-cari kedai yang ingin dituju.

Bagi memudahkan pengunjung, Sunway Pyramid mengambil inisiatif dengan memperkenalkan aplikasi navigasi untuk digunakan didalam pusat beli-belah mereka.

Photo 4 – Low Res

Sunway Pyramid bekerjasama dengan pasukan Google Indoor Maps untuk mengintegrasikan aplikasi mudah alih dengan enjin peta Google untuk versi aplikasi yang akan datang – pelanggan tidak perlu lagi menghabiskan masa mencari kedai kegemaran atau direktori ke destinasi yang dikehendaki.

Bukan sekadar menunjuk arah kepada pengguna, ia juga ditawarkan dengan ganjaran dari jenama yang menyertainya seperti YSL, Laneige, Sulwhasoo, Yves Rocher, Chanel, Dorothy Perkins, Topshop, Topman, Miss Selfridge, Burton Menswear London, Nelissa Hilman, Hush Puppies, Love Bonito, JD Sports, NY Steak Shack, Genki Sushi, Coffee Bean & Tea Leaf, Mr Roti Canai, Brotzeit, O.W.L, Gem Studio dan Tomei.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini boleh memuat turunnya dari Google Play Store atau App Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY