Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy fold

Pra-Tempah Samsung Galaxy Fold Bermula 9 Oktober Pada Harga RM8388

Diterbitkan Oktober 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah beberapa bulan menangguh penawaran peranti boleh lipat mereka, Samsung Malaysia kini telah mengumumkan pra-tempah Galaxy Fold akan dimulakan pada minggu hadapan, 9 Oktober 2019.

Hadir dengan keupayaan skrin boleh dilipat, harga jualannya juga melebihi daripada model telefon pintar flagship yang sedia berada dipasaran. Bagi yang berminat Samsung Galaxy Fold boleh dimiliki pada harga RM8388,

Peranti ini menghamparkan paparan Infinity Flex berukuran 7.3 inci manakala apabila dilipat, ia menyediakan paparan 4.6 inci.

Dari segi spesifikasi dalaman, Galaxy Fold membawakan cip pemprosesan Snapdragon 855, RAM 12GB dengan ruang memori dalaman sebesar 512GB. Mempunyai tiga kamera belakang iaitu 16MP ultra lebar, 12MP sudut lebar, dan 12MP telefoto. Dua lensa dibahagian hadapan pula terdiri daripada lensa 10MP dan 8MP sementara satu lensa 10MP dibahagian luar.

Galaxy Fold dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4380mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 15W serta pengecasan tanpa wayar.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY