PlayStation 5 Dijangka Dijual Pada Harga Yang Berpatutan Dengan Pasaran

Keresahan peminat konsol PlayStation sudahpun terjawab dengan model seterusnya, PlayStation 5 telah disahkan hadir pada tahun hadapan. Bakal dimuatkan dengan sejumlah ciri menarik seperti sokongan permainan 8K, penggunaan kuasa lebih rendah serta storan berasaskan SSD, ramai mula memikirkan tentang harga jualannya.

Sebahagian peminat meramalkan PS5 bakal dijual pada harga yang lebih tinggi namun berdasarkan kenyataan daripada Ketua Eksekutif Kewangan Sony, Hiroki Totoki, ia menggambarkan tanda harga yang berpatutan.

“analyzing the cost, the acceptable price in the market, and platform penetration” ujar Hiroki Totoki pada pembentangan laporan pendapatan syarikat itu.

Konsol generasi terbaru itu juga dijangka hadir dengan versi asas dan Pro yang mana versi asas itu mungkin dijual pada harga lebih rendah, memberi peluang peminat menaik taraf konsol sedia ada. Namun begitu, apabila melihat spesifikasi yang disediakan sudah cukup tinggi, agak sukar untuk menentukan apa yang bakal ditawarkan pada versi mahal.

Adakah PS5 akan ditawarkana sekitar harga PS4 terdahulu yang diperkenalkan pada nilai $399 (~RM1648)  atau seperti khabar angin yang menyatakan antara $600 - $700? Kita tunggu dan lihat.

Sumber: Inverse