Vans dan The Museum of Modern Art (MoMA) telah bekerjasama untuk mengeluarkan koleksi menarik musim luruh ini. Terdiri dari kasut, pakaian, dan aksesori, Vans x MoMA bertemakan karya seni oleh artis-artis terkemuka yang ditampilkan di seluruh muzium, termasuk Salvador Dalí, Vasily Kandinsky, Claude Monet, Edvard Munch, Jackson Pollock, Lybov Popova, dan Faith Ringgold.

Vans x MoMA akan didatangkan dalam dua pelancaran yang berasingan. Pelancaran pertama akan hadir pada 30 September dan yang kedua pada bulan November. Setiap karya seni yang ditampilkan dalam koleksi itu dipilih oleh Vans yang berkolaborasi dengan MoMA.

Pengarah Bersekutu Perlesenan dan Perkongsian di MoMA mengatakan, “MoMA is excited to finally reveal the Vans collaboration as they, too, have a rich legacy of supporting artistic expression. We pursue a limited number of product collaborations and our goal is always to engage a broader audience with modern art. We are thrilled to reach art lovers around the world through Vans’ global network.”

Pelancaran pertama koleksi ini akan menampilkan barangan ikonik dari Salvator Dalí, Vasily Kandinsky, dan Claude Monet terlebih dahulu.

IKLAN

Pelancaran pertama kolaborasi ini juga merangkumi 10 barangan dari rangkaian kasut, pakaian, dan aksesori berjenama MoMA. Terdapat juga pakaian dan aksesori untuk orang dewasa, serta beg galas. Kasut Classic Slip-On dan Old Skool turut ditawarkan dalam saiz kanak-kanak.

Koleksi barangan Vans x MoMA boleh didapatkan di laman web rasmi Vans, laman web MoMA, dan butik Vans bermula 30 September.

Sumber: Hypebeast & Sneaker News

Baca lagi: Ruohan Wang x Nike – Koleksi Warna-Warni Hadir Pada 24 September