Jenama pakaian Kappa sekali lagi bekerjasama dengan siri anime popular, One Piece, untuk menghasilkan koleksi pakaian yang menarik. Tentunya, koleksi ini mesti dimiliki oleh setiap peminat dan pengikut siri itu. Koleksi Kappa x One Piece sebenarnya merupakan koleksi kedua barangan Kappa bersama One Piece, yang bakal dilancarkan pada musim luruh/sejuk.
Koleksi pertama menampilkan gambaran semula logo Kappa dengan protagonis Monkey D. Luffy yang duduk membelakangi ahli-ahli Straw Hat Pirates, menggantikan logo Kappa yang biasa.
Manakala koleksi kedua menampilkan rekaan hoodie dan kemeja-T yang lebih menarik, dengan membawa kembali rekaan klasik lapisan pada lengan baju Kappa.
Selain itu, watak-watak kegemaran ramai yang memakai pakaian Kappa dijadikan grafik pada baju, seperti Luffy yang direka memakai baju sejuk Kappa. Ada juga logo "To Be Continued" di depan, dengan grafik watak yang memakai pakaian Kappa di bahagian belakang. Pelbagai pilihan warna ditawarkan, iaitu beige, putih, merah, kelabu, dan hitam.
Koleksi kedua Kappa x One Piece dilancarkan pada 18 September di laman web One Piece dan laman web Avex Japan.
Sumber: Modern Notoriety & Hypebeast
Baca lagi: Vans x MoMA – Bertemakan Karya Seni Artis-Artis Terkemuka Dunia
Berkaitan
- Rasmi, OnePlus 10 Pro Terima Pelancaran Global Pada 31 Mac Ini
- Pengguna Dua iPhone Ini Tak Boleh Lagi Guna WhatsApp Mulai Oktober
- Mungkin Tahun Ini Lebih Banyak Pelancaran Telefon OnePlus
- Siri OnePlus Nord Terbaru Lancar 14 Julai Ini, Dijana Cip Dimensity 1300
- Nothing Phone (1) Sah Hadir Dengan Cip Kelas Pertengahan Snapdragon 778G+
- Kuo: iPhone 15 Pro Max Akan Terima Lensa Periskop Dengan 6x Pembesaran
- Kuo: Cip A16 Dengan Teknologi 5nm Akan Dikeluarkan Untuk iPhone 14
- Pengguna Telefon OnePlus Sedia Ada Dilanjutkan Waranti Bermula 15 Julai
- Peranti 'Bajet' Tapi Tak Laku, Apple Kurangkan Pengeluaran iPhone SE
- 'One Piece' Versi 'Live-Action', Ini 6 Lagi Pelakon Tambahan