Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
subsea cable

Kapal Pemasangan Kabel Bawah Laut Dikecualikan Dasar Kabotaj Bermula Jun

Diterbitkan Mei 30, 2024 · Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh Amalina Athman

Semua kapal yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan di perairan Malaysia akan dikecualikan daripada dasar kabotaj, berkuat kuasa 1 Jun 2024.

Berkaitan

  • Microsoft, Google Dan Facebook Membantah Keputusan Menteri Pengangkutan Malaysia
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Kenderaan Asing Dari Singapura Masuk Malaysia Wajib Pasang Tag VEP Bermula Oktober

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan pengecualian itu dibuat di bawah Seksyen 65U Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Menterinya, Anthony Loke telah menandatangani satu warta yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi internet di Malaysia.

Mengulas mengenainya, Loke berkata sejak 2020 syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa telah menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.

Selain itu, Loke juga membatalkan pengecualian kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mana-mana pelabuhan di Sarawak ke mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah serta sebaliknya.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY