Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fast internet gold coast

Microsoft, Google Dan Facebook Membantah Keputusan Menteri Pengangkutan Malaysia

Diterbitkan November 23, 2020 · Dikemas kini November 23, 2020 oleh ariff bukhari

Syarikat-syarikat terkemuka dalam teknologi iaitu Microsoft, Google dan Facebook dilaporkan membantah keputusan Menteri Pengangkutan yang telah menarik balik dasar pengecualian kabotaj untuk kapal asing yang terlibat dalam pembaikan kabel bawah laut, yang menghubungkan Malaysia ke rangkaian internet global.

Berikutan itu, satu surat memorandum bantahan seperti yang dilihat oleh laman Malaysia Kini telah dihantar oleh 3 syarikat tersebut dan Malaysia Internet Exchange (MyIX) kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memohon beliau campur tangan berhubung keputusan itu.

Ini kerana dakwa mereka, penarikan pengecualian itu akan menyebabkan proses pembaikan kabel dasar laut yang rosak akan mengambil masa yang lebih lama sehingga boleh menjejaskan kestabilan internet di Malaysia.

Sekaligus ia akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia.

Malah mereka juga mendakwa keputusan pembatalan pengecualian kabotaj itu akan mewujudkan monopoli bagi satu syarikat perkapalan tempatan yang hanya memiliki satu sahaja kapal pemasangan kabel di Malaysia.

Pembatalan pengecualian kabotaj bermaksud kapal asing yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam pembaikan kabel dasar laut di Malaysia mesti sekali lagi memohon Pengecualian Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSLE).

Keputusan penarikan itu dibuat pada 15 November lalu dan sehari kemudian, Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) telah menulis surat kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Dr. Wee Kaa Siong dengan memuji keputusannya yang digambarkan oleh pengerusi MASA Abdul Hak Md Amin sebagai “patriotik” dan meletakkan “keutamaan kepada Malaysia”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY