Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canon EOS R8 Mark II

Kamera Mirrorless Kompak Dan Ringan Terbaru, Canon EOS R8 Mark II Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan September 18, 2026 · Dikemas kini September 18, 2026 oleh ariff bukhari

Canon Malaysia memperkenalkan EOS R8 Mark II, kamera mirrorless full-frame 24.2MP yang rindan dan kompak, direka untuk pencipta kandungan.

Dengan badan paling ringan dalam siri EOS R, hanya 546g, kamera ini menggabungkan reka bentuk  dengan In-Body Image Stabilizer (IBIS) 5-axis yang mampu memberikan sehingga 7.5 stop kestabilan apabila dipadankan dengan lensa RF, menjadikannya pilihan ideal untuk rakaman dalam cahaya rendah atau ketika bergerak.

Dari segi prestasi, EOS R8 Mark II dilengkapi Dual Pixel CMOS AF II dengan keupayaan pengecaman subjek berasaskan AI, serta kelajuan sehingga 40fps menggunakan shutter elektronik.

EOS R8 Mark II – Lifestyle

Fungsi baharu seperti Register People Priority membolehkan pengguna menjejak individu tertentu dengan lebih mudah.

Untuk pencipta kandungan, kamera ini menawarkan mod warna unik seperti NegativeFilmtone dan PositiveFilmtone, selain sokongan rakaman video 6K-oversampled 4K 60p dan Full HD 180p.

Canon turut umum 3 aksesori baharu iaitu Extension Grip EG-E2, Tripod Grip HG-1000TBR dengan alat kawalan jauh serta Speedlite EL-5 (Ver. 2), versi terkini daripada model Speedlite EL-5.

Canon EOS R8 Mark II dijangka akan boleh didapati di Malaysia pada minggu hadapan bersama butiran harga juga akan diumumkan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sony Umum 2 Fon Kepala Baru Untuk PS5, Akan Dilancar Awal 2027
  • Honor Lancar MagicOS 11, Ini Senarai Peranti Yang Disokong Setakat Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY