Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mobile wallet_2

Kajian Visa Dedah Lebih Separuh Gen Z Pilih Pembayaran Digital

Diterbitkan September 18, 2025 oleh Amalina Athman

Lebih separuh daripada Gen Z kini memilih kaedah pembayaran digital seperti e-dompet dan ciri tap-to-pay bagi memastikan transaksi lebih mudah dan selamat.

Perkara ini didedahkan dalam kajian Visa Gen Z Decoded 2025 yang dijalankan antara Oktober hingga November 2024, melibatkan lebih 560 responden Gen Z dari 14 pasaran.

Walaupun e-dompet mudah alih paling kerap digunakan ketika berbelanja di kedai, kad debit masih menjadi alat kewangan teras dengan hampir 60% Gen Z memilikinya. Minat terhadap kad kredit juga semakin meningkat, dengan seorang daripada lima (17%) merancang untuk memohon kad pada tahun akan datang.

Gen Z 2

Di Malaysia, platform media sosial seperti TikTok (68%), YouTube (61%) dan Instagram (60%) menguasai masa tatapan skrin harian pengguna Gen Z. Hampir separuh (48%) pernah membuat pembelian terus melalui iklan di media sosial, menunjukkan pengaruh trend digital terhadap keputusan pembelian mereka.

Gen Z 3

Kajian sama turut menunjukkan bahawa ramai Gen Z sudah mula merancang kewangan jangka panjang. Antara langkah yang diambil termasuk menabung untuk perbelanjaan besar (35%), menyediakan dana kecemasan (33%) dan juga persaraan (32%).

Lebih separuh (53%) turut memilih untuk melabur dalam emas dan mata wang digital sebagai alternatif membina kewangan.

Berkaitan

  • Gen Z Didapati Memang Lebih Sukakan iPhone Terpakai - Kajian
  • Google Dedah Cara Gen Z Pilih Dan Percaya Berita Hari Ini
  • Ketagihan TikTok Dan Reels Boleh Jadikan Pengguna Abaikan Risiko Kewangan -Kajian
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY