Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duit kertas ringgit rm (2)

Kajian Saintifik Tunjukkan Duit Boleh Beli Kebahagiaan

Diterbitkan Disember 21, 2022 ยท Dikemas kini Disember 22, 2022 oleh Firdaus

Sejak dulu lagi kita biasa mendengar naratif yang mengatakan duit tidak boleh beli kebahagiaan. Namun, kata-kata tersebut semakin kabur maksudnya pada zaman yang serba moden dan banyak benda memerlukan duit.

Kajian Dari Universiti Harvard

Pada Julai lepas, penyelidik Ania Jaroszewicz dan pasukannya di Universiti Harvard telah membentuk dan menjalankan satu eksperimen psikologi.

Mereka memberikan 5,000 orang berpendapatan rendah di AS dengan jumlah wang sekitar USD500 (~RM2,214.50) ke USD2,000 (~RM8,858.00).

15 minggu selepas eksperimen ini bermula, setiap peserta mencatatkan peningkatan dalam kesihatan psikologi dan kewangan mereka.

Kajian Terbaru

Berdasarkan artikel kajian ini, eksperimen dijalankan dengan memberi USD10,000 (~RM44,290.00) kepada 200 keluarga dan individu yang terdiri daripada golongan kewangan yang berbeza.

Menarik lagi, responden tersebut dipilih dari negara Brazil, Indonesia, Kenya, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.

Selepas sebulan, kajian tersebut mendapati mereka yang berpendapatan sederhana menunjukkan rasa yang sangat gembira apabila menerima suntikan dana kewangan.

Sementara itu, individu yang berpendapatan tinggi juga menunjukkan rasa positif yang sama terhadap duit tersebut tetapi rasa bahagia mereka tidak sebesar golongan yang pertama itu.

Berkaitan

  • Twitter Melancarkan Sebuah Pelan Baharu Khusus Untuk Perniagaan
  • Patuhi Panduan Keselamatan Elektrik Ketika Dan Selepas Banjir Dari TNB
  • Elon Musk Akan Letak Jawatan Sebagai CEO Twitter Sebaik Sahaja Jumpa Pengganti
  • OPPO Janji 4 Versi ColorOS Untuk Peranti Kelas Andalan Terpilih
  • Kuo: Apple Mungkin Batal Atau Tangguhkan Pengeluaran iPhone SE 4

Kajian ini menunjukkan psikologi manusia boleh dipengaruhi dengan kehadiran wang padanya. Secara tidak langsung, kebahagiaan manusia boleh ditentukan melalui aspek duit.

Sumber: Science and Stuff

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY