Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE 4

Kuo: Apple Mungkin Batal Atau Tangguhkan Pengeluaran iPhone SE 4

Diterbitkan Disember 21, 2022 oleh Amalina Athman

Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo kini menyatakan bahawa Apple berkemungkinan akan membatalkan atau menangguhkan rancangan bagi pengeluaran iPhone SE 4 sehingga 2024.

Menurut Kuo, perkara ini disebabkan oleh penghantaran model iPhone kelas pertengahan hingga bawah, seperti SE 3, 13 mini dan 14 Plus yang berterusan lebih rendah daripada jangkaan.

Berkaitan

  • iPhone SE Seterusnya Barangkali Bertubuhkan iPhone XR
  • Apple Naikkan Harga Jualan iPhone SE 2022 Untuk Pasaran Malaysia
  • Prosser: iPhone SE 4 Dijangka Guna Rekaan iPhone XR

Selain itu, Apple juga dikatakan bimbang dengan reka bentuk skrin penuh SE 4 yang akan membawa kepada peningkatan kos pengeluaran dan sekali gus harga jualan juga akan menjadi lebih tinggi. Akibatnya, Apple mungkin perlu mempertimbangkan semula kedudukan produk dan pulangan pelaburan bagi SE 4.

Sebagai tambahan, Kuo berkata dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan produk baharu yang tidak perlu juga akan membantu gergasi teknologi itu untuk mengharungi cabaran kemelesetan ekonomi global pada 2023.

Gambar utama: fpt.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY