Ekoran daripada keadaan banjir yang melanda di beberapa buah negeri, Tenaga Nasional Berhad mengeluarkan panduan keselamatan elektrik kepada orang ramai untuk diikuti.
TNB menyarankan orang ramai yang berada di dalam kawasan banjir untuk mengamalkan nasihat dan panduan keselamatan elektrik berikut demi keselamatan diri:-
Ketika Banjir
- Hindari penggunaan peralatan elektrik dan pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan elektrik.
- Hubungi 15454 atau Facebook TNB Careline untuk memutuskan bekalan elektrik jika paras air meningkat.
- Jauhi peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun ianya bersalut penebat.
- Hindari tiang besi atau mana-mana pepasangan TNB yang ditenggelami air bagi mengelak risiko renjatan elektrik.
- Pastikan semua suis di soket alir keluar ditutup dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik.
- Matikan sistem solar PV bagi mengelakkan bekalan suap balik ke sistem pendawaian premis.
- Sebelum berpindah, tutup suis utama.
Selepas Banjir
- Matikan suis utama sebelum membersihkan peralatan elektrik atau pendawaian.
- Suis dan perkakas elektrik yang terendam dalam air banjir perlu diperiksa dahulu oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Jauhi dahan pokok di talian elektrik kerana bekalan elektrik mungkin masih disalurkan. Maklumkan kepada TNB untuk tindakan segera.
- Jangan gunakan galah atau tangga yang diperbuat daripada besi/aluminium berhampiran talian elektrik.
- Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak menghampiri tiang dan kabel elektrik.
{suggest}
Dalam perkembangan berkaitan, TNB memaklumkan bahawa bekalan elektrik di beberapa kawasan di dalam negeri Terengganu terpaksa ditutupĀ kerana teruk dilanda banjir.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang masih ditutup bekalan elektrik di dalam negeri Terengganu setakat jam 1.00 pagi hari ini:-
?????? ??????????:
- Kuala Terengganu
1. CS Desa Murni Batik
2. Paloh Sungai kiat
3. LJ Teluk Pasu - Setiu
1. Drainage Jelapang - Kuala Berang
1. Paya Besar
2. Pusat Kokurikulum
3. Lenjang
4. Felcra Pasir Pelata
5. VCB SK KUA
6. Sekolah Menengah Sains Tajin
7. Mahmudiah
8. Asrama Yayasan
9. Pump Booster
10. Ternak Kambing Tersat - Besut
1. Bukit Bunga
2. Telekom Tenang
3. Sekolah Menengah Bukit Payong
4. Booster Pump Bkt Payong
5. Lata Tembakah
6. Batu 13 EPE
7. Felda Tenang 1-2
8. Panchor
9. Kampung La
10. Seberang La
11. Dusun Beliku
12. La Hot Spring
13. Berangan
14. Kampung Keruak
15. Felcra Keruak
16. Kuala Sayap
17. PPRT Belaoh
18. Pak Sik 1-2
19. ECRL Kampung Raja
20. Taman Putera Harmoni
21. Gesong Borong
22. Pantai Timur Jerteh
23. Cherang Meliling - Al-Muktafi Billah Shah
1. SS Loji Air
2. Loji Air Tepus
3. Cerawih
4. Kampung Tepus
5. Minda 1
6. Seberang Minda
7. Sekolah Kebangsaan Minda
8. Pam Air Merlong
9. Kampung Talong
10. Rantau Panjang
11. Kampung Cemuak
12. Kampung Surau
13. Pelamboh
14. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai
15. Kuala Jengai
16. Dendang
17. Sekolah Kebangsaan Dendang
18. Padang Ping
19. Kampung Wa
20. Pinang Baru
21. Ladang Pinang Mas
22. Celcom Ladang Mas - Dungun
1. CSU Pak Suri
2. Sekolah Kebangsaan Kampung Papan
3. Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau
4. PUMP Air Hitam
5. Air Hitam
6. Sekolah Kebangsaan Padang Pulut
TNB memaklumkan,usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.