Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios android

Kajian: Hampir Separuh Pengguna Android Pertimbang Untuk Tukar Ke iPhone, Ini Sebabnya

Diterbitkan Ogos 17, 2022 oleh Amalina Athman

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, 49% pengguna Android mempertimbangkan untuk beralih ke iPhone. Ia berikutan ciri keselamatan dan privasi yang ditawarkan oleh Apple adalah lebih baik.

Selain itu, tinjauan itu mendedahkan pengguna juga menyatakan berasa lebih selamat menggunakan iPhone 13 Pro Max berbanding Samsung Galaxy S22 Ultra.

Berkaitan

  • Apple Umum Ciri "Lockdown Mode" Untuk Keselamatan Tahap Maksimum
  • Apple Ajak Pengguna Android Untuk "Tukar Ke iPhone"
  • iOS 16 Versi Beta Tunjuk Peratus Bateri Pada Ikon, Tak Perlu Lagi 'Swipe Down'

Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Beyond Identity, seramai 1,003 pengguna di Amerika telah ditemu bual mengenai tabiat dan sentimen keselamatan telefon pintar. Apabila ditanya tentang persepsi keselamatan sistem operasi, 76% pengguna Apple merasa lebih selamat dengan iOS, berbanding 74% pengguna dengan sistem operasi Android.

Sebagai tambahan, kajian itu turut mendapati 33% pengguna Android dalam pertimbangan untuk menukar ke iPhone disebabkan ciri baharu yang bakal ditawarkan pada iOS 16, di mana ia memfokuskan ciri privasi dan keselamatan. Antaranya termasuk ciri Lockdown Mode, iaitu perlindungan pilihan yang extreme untuk pemilik peranti iOS.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY