Apple Umum Ciri "Lockdown Mode" Untuk Keselamatan Tahap Maksimum

Apple mengumumkan akan melancarkan ciri "Lockdown Mode" kepada perisian iPhone dan Mac yang akan datang.

Ciri baharu ini akan mematikan ciri tertentu yang bertujuan membantu individu yang disasarkan bagi memerangi perisian intip (spyware).

Apple berkata ciri baharu itu ialah perlindungan pilihan yang extreme untuk pemilik peranti yang berkemungkinan disasarkan oleh negara-negara yang menggunakan perisian intip yang berkuasa, seperti wartawan, aktivis, dan pembela hak asasi manusia.

"Lockdown Mode" ini didatangkan setelah bertahun-tahun serangan berulang dan berjaya menyasarkan ribuan pengguna iPhone di seluruh dunia.

Penyelidik keselamatan mengatakan bahawa perisian intip membaca mesej, log panggilan, memuat turun foto, merakam mikrofon, dan panggilan telefon secara rahsia, mengambil gambar menggunakan kamera telefon, mengakses kata laluan mangsa, dan menjejaki lokasi telefon.

Dalam melancarkan "Lockdown Mode," mereka yang tertakluk kepada percubaan penggodaman yang disasarkan boleh melumpuhkan beberapa ciri dengan serta-merta.



Antaranya seperti mengehadkan kod yang boleh dijalankan dalam aplikasi dan di laman web, dan mengehadkan perisian Apple yang lain, seperti iMessage dan FaceTime, yang telah disalahgunakan oleh pembuat perisian intip untuk menanam perisian intip pada iPhone.

Apple turut berkata ciri baharu ini akan menguatkan lagi pertahanan peranti dan mengehadkan fungsi tertentu secara ketat, mengurangkan secara mendadak potensi serangan oleh perisian intip.

Ciri "Lockdown Mode" akan tersedia dalam iOS 16, iPadOS, dan macOS Ventura, yang dijadualkan untuk dikeluarkan menjelang akhir tahun ini bersama iPhone baharu nanti.

Sumber: Apple