Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kabel iPhone

Kabel Pengecas Asli iPhone Didapati Lebih Baik Berbanding Samsung, Belkin, Anker Dan Lain-Lain

Diterbitkan Mac 12, 2024 · Dikemas kini Mac 12, 2024 oleh ariff bukhari

Consumer Reports (CR) telah melaporkan satu penemuan yang menarik tentang ketahanan kabel pengecas iPhone asli dari Apple.

Membandingkannya dengan kabel dari pelbagai jenama lain yang terkenal seperti Anker, Belkin, Bytech dan yang berharga murah dari Amazon Basics serta Walmart’s Onn, ini hasil yang didapati Consumer Reports menerusi 2 ujian ketahanan yang dijalankan mereka.

Ujian Lenturan

Dalam ujian pertama, CR menguji ketahanan lenturan kabel pengecas dengan membengkokkan hujung kabel ke sudut 90 darjah ke tahap maksimum berulang kali.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/03/bend-test.mp4

Ujian Pulas

Dalam ujian kedua pula, kabel pengecas dipulas berulang kali sambil ia menghidupkan lampu LED cermin solek.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/03/twist-test.mp4

Hasil dari ujian itu CR mendapati, kabel pengecas Lightning dan USB-C asli iPhone dan kabel pengecas USB-C dari Amazon Basics masih berfungsi selepas 11,500 kali dilentur. Ia sekali gus bersamaan dengan penggunaan lebih daripada enam tahun, mengikut anggaran CR.

Sementara kable dari Anker dan Belkin pula mencapai melebihi 5,000 kali lenturan, menjadikan ia mampu bertahan hampir tiga tahun untuk digunakan.

Manakala kabel USB-C Samsung dan Bytech rosak selepas lebih 900 kali dalam ujian mereka (bersamaan kurang daripada setahun ketahanannya).

Untuk hasil ujian pulas pula, CR mendapati semua kabel yang diuji mereka mampu capai sehingga 2,700 lilitan tanpa masalah, tetapi mendapati perbezaan yang jelas dalam ujian lenturan.

Screenshot 2024-03-12 at 11.22.24 AM

CR menyimpulkan bahawa, anda tidak boleh sentiasa bergantung pada jenama, harga atau ciri seperti ketebalan untuk membantu anda menentukan sesebuah kabel pengecas itu bagus.

Ini kerana, sebagai contoh walaupun kabel Lightning Apple nyata lebih langsing daripada kabel Amazon Basics, Anker, Belkin dan Walmart, tetapi ia mengatasi semua ujian dengan ketara.

Beli kabel pengecas Lighting dan USB-C dari stor:

Shopee: https://invl.io/clkuj4r

Lazada: https://invol.co/clkuj55

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Consumer Reports

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY