Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terminal bas berlesen apad (1)

Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November

Diterbitkan Oktober 21, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 21, 2026 oleh Amalina Athman

Penjualan tiket bas ekspres melalui terminal yang dilesenkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan dikuatkuasakan mulai 1 November 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dasar berkenaan bertujuan mengawal selia ejen penjualan tiket dalam talian atau Online Travel Agents (OTA), yang kebanyakannya berpangkalan di luar negara.

“Langkah ini bertujuan memastikan penjualan tiket dilakukan melalui terminal yang dilesenkan oleh APAD, bukannya melalui OTA semata-mata. Ini kerana OTA merupakan ejen penjualan tiket dalam talian dan bukannya pemegang lesen untuk mengendalikan terminal. Apabila berlaku masalah seperti perkhidmatan tidak disediakan atau permohonan bayaran balik, terdapat perkara yang sukar kita kawal selia. Kita juga telah mengenal pasti pelbagai isu operasi yang timbul daripada penjualan tiket melalui OTA,” katanya.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata OTA memperoleh komisen daripada penjualan tiket tanpa menyediakan perkhidmatan pengurusan terminal, sekali gus menimbulkan masalah kawal selia apabila berlaku gangguan perkhidmatan atau tuntutan bayaran balik.

 

“Mereka menjual tiket ini dan mereka mendapat komisen, tetapi mereka tidak memberikan apa-apa perkhidmatan termasuk mereka tidak menguruskan apa-apa perkhidmatan di terminal,” tambahnya.

Sementara itu, Terminal Management and Services Sdn. Bhd. (TMAS), selaku pengendali Terminal Bersepadu Selatan (TBS), menyatakan sokongan terhadap dasar yang diumumkan APAD pada 16 Oktober 2026 itu.

Menurut TMAS, dasar berkenaan dapat memperkukuh pengurusan terminal bas ekspres melalui operasi penjualan tiket yang lebih telus dan teratur. Pengendali terminal juga dapat memantau harga tiket dengan lebih jelas, memastikan pematuhan terhadap kadar tambang yang ditetapkan serta mengawal aktiviti penjualan tiket yang tidak mematuhi peraturan dan standard kerajaan.

TMAS turut menyatakan pelaksanaan dasar melalui Sistem Tiket Bersepadu (CTS) berpotensi membanteras aktiviti penjualan tiket yang tidak sah, serta meningkatkan ketelusan transaksi kepada pengguna dan menawarkan caj komersial yang lebih bersesuaian kepada pengendali bas ekspres.

Bagi yang belum tahu, pembelian tiket bas secara dalam talian bukan hanya boleh dilakukan melalui platform OTA, malah beberapa terminal bas juga sudah menyediakan kemudahan tempahan melalui laman rasmi masing-masing. Antaranya termasuk Terminal Bersepadu Gombak (TBG), Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Terminal Meru Raya di Ipoh dan Larkin Sentral di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Anthony menjelaskan urusan komersial antara pengendali terminal dengan syarikat bas akan dibincangkan secara langsung oleh kedua-dua pihak, manakala kementerian bertanggungjawab menetapkan dasar berkaitan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Hanya RM1, Bas Elektrik Henti-Henti Berautonomi Mula Beroperasi Di 6 Stesen Di Putrajaya
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY