Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta

UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta

Diterbitkan Oktober 16, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 16, 2026 oleh ariff bukhari

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) kini dapat menikmati perkhidmatan bas elektrik (EV) baharu bagi laluan kitaran kampus sebagai mod pengangkutan harian yang lebih selamat, selesa dan mesra alam.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha UUM ke arah merealisasikan sasaran kampus rendah karbon menjelang 2030 serta memenuhi prinsip Persekitaran, Sosial dan Governan (ESG).

UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
Majlis pelancaran bas EV berkenaan disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, di UUM Sintok.

Bas EV bernilai RM1.2 juta itu lengkap dengan pendingin hawa dan berupaya menampung kapasiti maksimum sehingga 75 orang penumpang pada satu-satu masa.

Perkhidmatan ini turut dilengkapi ciri mesra Orang Kurang Upaya (OKU) seperti ruang khas kerusi roda dan akses masuk lantai rendah (low-floor) bagi memastikan mobiliti yang inklusif.

Dr. Ahmad Martadha menegaskan bahawa penggunaan bas EV ini bukan sahaja menawarkan perjalanan yang lebih senyap, malah dapat mengurangkan kesesakan trafik di dalam kampus.

UUM turut merancang untuk menambah lebih banyak kenderaan elektrik dan menyediakan infrastruktur pengecasan bagi menyokong ekosistem mobiliti mampan di masa hadapan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
©2026 WISER.MY