Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (61)

Jualan Penghabisan Stok SNS Network, iPhone X Serendah RM 1700

Diterbitkan Januari 3, 2020 · Dikemas kini Januari 3, 2020 oleh Amalina Athman

SNS Network merupakan sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai servis berkaitan teknologi seperti Web Design, Web Hosting, sistem pengumpulan data dan sebagainya. Syarikat ini bakal mengadakan jualan penghabisan stok pada 4 Januari dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang, di bilik pameran HQ SNS Network yang bertempat di Ipoh, Perak.

Jualan Penghabisan Stok SNS Network

Barangan yang dijual termasuk dari unit demo, refurbished, unit yang telah diaktifkan seperti komputer riba, telefon, monitor, TV, pembesar suara, mesin pencetak, ink dan lain-lain. Setiap kategori mempunyai tempoh waranti yang berbeza.

Antara barangan yang boleh didapati pada acara ini adalah iPhone X serendah RM 1700, Surface Pro, MacBook Pro, mesin pencetak Epson, dan banyak lagi.

Screenshot (69)

Setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk membeli komputer riba, telefon, monitor, TV, pembesar suara dan mesin pencetak sebanyak satu unit bagi setiap satu kategori. Tiada had pembelian bagi aksesori lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, anda boleh ke laman Facebook SNS Network dan klik di sini bagi senarai penuh promosi ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iQOO 16 Dipacu Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
  • Aplikasi Cari Bakat Bola Sepak Dipacu AI Akan Diperkenal Di Eropah
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual
  • SpaceX Dapat Kelulusan AS Untuk Lancar Sehingga 1 Juta Satelit Pusat Data Ke Angkasa
  • 1Password Sahkan Sistem Dalaman Diceroboh, Maklumat Akaun Sebahagian Pengguna Dicuri
  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
©2026 WISER.MY