Jualan Keseluruhan iPhone Diramal Cecah 2 Bilion Unit

Apple pertama kali memperkenalkan telefon pintar mereka pada tahun 2007. Tanpa kita sedari, jenama yang berpangkalan di Cupertino itu sudah menjejak usia 13 tahun dan pelbagai model sedia membanjiri pasaran.

Berdasarkan ramalan daripada penganalisis sebelum ini, jualan pada tahun ini akan lebih rendah berbanding 2015-2018 yang merupakan tempoh jualan kemuncak bagi iPhone.



Walaupun jumlah pemasarannya dijangka rendah, penganalisis dari lapan pasaran berbeza telah  meramalkan Apple mampu menghampiri rekod jualan keseluruhan 2 bilion unit pada 2020 setelah berada 13 tahun dipasaran.



Terdahulu, iPhone telah diramalkan terjual sebanyak 186 juta unit tetapi ia kini berada dilandasan yang tepat untuk mencapai 195 juta bagi tahun kewangan 2020.

Perkara ini dilihat hasil daripada jualan memberangsangkan pada jualan musim cuti. Jika ia berterusan, jumlah keseluruhan jualan sejak 2007 itu akan mencecah 1.9 bilion unit.

Menguatkan lagi ramalan itu adalah dengan kehadiran model-model akan datang seperti iPhone 9/iPhone SE 2 serta iPhone sokongan 5G. Model-model ini dijangka mampu meningkatkan lagi jualan keseluruhan iPhone kepada angka tersebut.

Sumber: Bloomberg