Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Akan Padam Android Backups Jika Telefon Anda Tidak Aktif Dalam Tempoh 2 Bulan

Google Akan Padam Android Backups Jika Telefon Anda Tidak Aktif Dalam Tempoh 2 Bulan

Diterbitkan September 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Jika bertukar ke telefon pintar yang baru, sudah pasti data yang ada pada telefon pintar lama dipindahkan ke storan awan untuk dijadikan backup.

Tidak menjadi masalah jika telefon pintar baru menggunakan akaun Android yang lama kerana anda boleh mengakses kembali backup tersebut.

Tetapi bagaimana pula jika anda memakai telefon baru dengan akaun yang baru dan terlupa untuk menyalin backup yang dibuat dahulu? Dan bagaimana pula jika anda bertukar daripada Android kepada iOS?

Terkini, Google dikatakan akan memadam backup jika akaun telefon pintar itu tidak aktif selama 2 bulan dan proses berkenaan dilakukan secara automatik tanpa pengetahuan pengguna.

Hal ini pertama kali disedari oleh seorang pengguna Reddit,Tanglebrook, dimana beliau tidak menggunakan telefon Android selama beberapa bulan (beliau menggunakan iPhone untuk sementara waktu) dan apabila ingin mengakses backup tersebut, ia telah dipadam Google.

Menurut Tanglebrook lagi, beliau menghubungi Google Drive Support dan mereka menyatakan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan semula backup itu.

Difahamkan, jika sesebuah telefon tidak aktif dalam masa dua minggu, Google Drive akan memaparkan tarikh tamat tempoh untuk backup dan kiraan masa sebelum ia dipadam secara automatik. Tetapi di dalam kes Tanglebrook, beliau tidak diberikan sebarang notifikasi yang membolehkan storan 100GB beliau diselamatkan.

Jadi bagi yang kerap membuat backup, pastikan akaun telefon pintar Android anda sentiasa aktif jika tidak mahu, tetapan, foto, senarai kenalan, dan apa jua maklumat penting yang di-backup hilang begitu sahaja.

Sumber: Reddit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY