Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG GX800-Komputer Gaming Hadir Di Malaysia Dengan Harga RM25,999

ASUS ROG GX800-Komputer Gaming Hadir Di Malaysia Dengan Harga RM25,999

Diterbitkan November 7, 2016 · Dikemas kini November 7, 2016 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali dipertontonkan kepada umum awal tahun ini pada acara Computex 2016, ASUS Republic of Gamers nampaknya sudah bersedia memperkenalkan komputer riba gaming dengan sistem penyejuk cecair ke pasaran Malaysia. Model GX800 merupakan pengganti kepada model GX700 yang dilancarkan di pasaran negara pada April yang lalu-komputer riba pertama dari ASUS ROG yang mempunyai sistem penyejuk cecair.

gx800-100663657-large

Sedikit perubahan dibawa pada model terbaru ini dimana bakal pembeli dihidangkan dengan paparan berukuran 18.4 inci yang juga mempunyai resolusi 4K (3840×2160). Tambahan lagi, GX800 mempunyai keupayaan grafik yang lebih berkuasa berbanding model terdahulu dengan ia kini dilengkapi dengan NVIDIA GeForce GTX1080.

Diperkasakan oleh pemproses Intel Core i7-6820HK mesra-overclock, GX800 juga datang dengan RAM DDR4 64GB  dan tiga solid state drive PCIe M2 512GB .

asus-rog-gx800-num-pad-and-arrow-keys_slideshow_main

Disamping itu, komputer riba gaming ini disertakan dengan papan kekunci MechTag. ASUS ROG turut menambah baik sistem penyejuk cecair GX800 supaya dapat menyejukkan CPU. Sebelum ini GX700 hanya dapat menyejukkan GPU sahaja. GX800 turut dikuasakan dengan dua bekalan kuasa 330W tetapi menurut lowyat.net, komputer ini mampu berfungsi dengan satu bekalan kuasa sahaja kecuali ketika overclocking.

computex-2016-asus-rog-gx800-16

ROG GX800 akan mula dijual di Malaysia pada bulan Disember ini pada harga RM25,999. Pembeli boleh mula menempah komputer riba unik dan berkuasa tinggi ini di kedai ASUS ROG bertempat di Plaza Low Yat.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY