Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

China Luaskan Lagi Sekatan Keatas Penggunaan WhatsApp

Posted on September 26, 2017

Pemilik media sosial gergasi dunia, Mark Zuckerberg, telah bertungkus lumus dalam mengambil hati China dengan mempelajari secara mendalam bahasa mereka. Hal ini adalah disebabkan beliau cuba memasuki kembali pasaran negara itu yang sudah menghalang kebanyakkan aplikasi milik beliau sejak 2009 lalu.

Satu-satunya aplikasi Zuckerberg yang masih beroperasi di sana adalah WhatsApp dan terkini, China dikhabarkan bakal meluaskan lagi sekatan keatas platform pemesejan berkenaan.

Difahamkan, pada pertengahan Julai lepas, kerajaan China sudah berjaya menyekat sebahagian besar fungsi WhatsApp yang mana pengguna gagal menghantar gambar, video, fail serta panggilan video.

Menurut, Nadim Kobeisisi, cryptographer dari Symbolic Software, beliau mendapati aplikasi pemesejan itu sudah mula menerima gangguan, hatta menghantar pesanan teks sekalipun. Sekatan keatas mesej teks itu mungkin menggunakan perisian khas yang dibangunkan China, jelas Kobeisisi.

Sumber: The New York Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress