Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

“Secara Matematik, Merentas Masa Tidak Mustahil”

Posted on Mei 3, 2017Mei 3, 2017

Pernahkah anda membayangkan diri anda merentas masa tidak kira ke masa silam ataupun ke masa hadapan?

Kalau anda pernah menonton filem popular tahun 80’an dahulu, Marty McFly berjaya kembali ke masa silam dan merentas ke masa hadapan dengan menggunakan  teknologi  ciptaan Doc Brown.

Terdapat satu kajian telah dijalankan oleh

  • Ben Tippet (pakar fizik dan matematik dari University of British Columbia), dan
  • David Tsang (pakar astrofizik dari University of Maryland

dimana mereka berdua telah mencipta satu formula matematik yang menggunakan Teori Asas Relatif dari saintis terkemuka, Albert Einstein.

Mereka mahu membuktikan bahawa merentas masa itu tidak mustahil, secara teori.

Menurut abstrak dari kertas kajian mereka yang diterbitkan di dalam jurnal Classical and Quantum Gravity, orang awam faham tentang konsep mesin masa adalah

“sebuah kotak yang membolehkan orang didalamnya merentas masa kebelakang dan kedepan melalui masa dan ruang.”

 

2419821984-time

“Model mesin merentas masa kajian saya menggunakan ruang melengkung – masa membengkokkan masa untuk menjadi bulat bagi penumpang, bukannya garisan lurus.” jelas Tippet.

“Bulatan itu akan membawa kita kembali ke masa sebenar.” tambah beliau lagi.

Bagi Tippet dan Tsang, mesin merentas masa yang dinamakan Tardis itu adalah “gelembung” ruang masa yang bergerak lebih cepat daripada kelajuan cahaya.

Tippet turut menyatakan walaupun merentas masa itu tidak mustahil secara matematik, tetapi untuk mencipta mesin merentas masa adalah mustahil buat masa sekarang.

Mereka memerlukan bahan-bahan yang boleh ‘membengkokkan masa’.

Sumber: Radio Times, Science Alert

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress