Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Whatsapp | Tonton Video Tanpa Perlu Muat Turun

Whatsapp | Tonton Video Tanpa Perlu Muat Turun

Diterbitkan November 23, 2016 oleh Helmi Samsuri

Pelbagai ciri menarik cuba diketengahkan oleh Whatsapp. Sebelum ini mereka memperkenalkan fungsi panggilan video, dan yang terkini aplikasi pemesejan segera itu dilaporkan bakal menaik taraf fungsi video mereka.

Seperti mana yang kita tahu, WhatsApp memerlukan pengguna memuat turun sesuatu video sebelum dapat melihat isi kandungan video tersebut. Hal ini bakal berubah apabila syarikat berkenaan akan mengeluarkan kemaskini tidak lama lagi. Ciri baru ini dilihat seakan-akan yang terdapat pada YouTube dan servis strim video yang lain. Difahamkan ciri itu terhad kepada pengguna platform android sahaja buat masa ini.

Aduan telah lama dibuat pengguna mengenai cara aplikasi berkenaan mengendalikan perkongsian video. Dengan adanya ciri yang bakal dikemaskini itu nanti, pengguna dapat menjimatkan masa dan data internet dari memuat turun video yang tidak berguna seperti video troll, lucah dan lain-lain lagi.

WhatsApp sebelum ini agak perlahan dalam memperkenalkan ciri-ciri baru untuk aplikasi mereka, tetapi sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan agresif menambah fungsi untuk platform pemesejan segera ini. Awal bulan ini, mereka telah memperkenalkan fungsi panggilan video, dan juga sokongan video format GIF.

Sumber: MashableAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY