Sedikit demi sedikit teknologi dunia berkembang termasuklah cara pengeluaran duit di mesin ATM. Seperti yang diberitakan portal akhbar The New York Times, bank-bank di Amerika Syarikat sudah mula untuk menggunakan telefon pintar sebagai ganti kepada kad ATM. Kad ATM yang diletakkan di dalam dompet mungkin akan tertinggal ataupun dicuri, tetapi telefon pintar merupakan alat yang selalu kita lihat berada ditangan. Telefon pintar bagaikan alat wajib yang akan dibawa kemana sahaja kita pergi.
JPMorgan Chase, bank terbesar yang beroperasi di Amerika Syarikat mempunyai hampir 18,0000 buah mesin ATM telah mula mempraktikkan teknologi tersebut pada beberapa ratus buah mesin ATM milik mereka. Empat buah bandar telah dijadikan sebagai lokasi ujian untuk teknologi ini, diantaranya adalah Miami dan San Fransisco. Diberitakan 6 ribu unit mesin ATM sudah dinaik taraf dan siap sedia untuk beroperasi.
Selain itu, Bank Of America dan Wells Fargo turut merancang untuk memperkenalkan sistem ATM 'tanpa kad' ini di setiap mesin ATM kepunyaan mereka menjelang hujung tahun 2017. Bank-bank tersebut berpendapat, pengeluaran wang di mesin ATM secara 'tanpa kad' bakal mendapat sambutan hangat dari pelanggan mereka.
Setiap teknologi pastinya mempunyai kelemahan dalam sistem sekuriti dan sistem perbankan 'tanpa kad' ini tidak terlepas dari dibelenggu masalah tersebut. Sebelum ini, Citibank telah menguji sistem pengesahan menggunakan pengimbas iris tetapi menghentikan ia atas dasar keselamatan.
Sumber: The New York Times
Berkaitan
- Perbincangan Antara Telenor Dan Axiata Bakal Memperlihatkan Gabungan Operasi Antara Digi Dan Celcom
- Bocoran Video Mi Mix 2S Memperlihatkan Ciri Sentuhan Seakan iPhone X
- Xiaomi Perkenal Mi Panoramic Camera Dengan Sokongan Rakaman 360 Darjah
- Syarikat Dari China Saman Apple, Dakwa Logo App Store Tiru Lambang Syarikat Mereka
- Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau
- Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android
- Siri HONOR 20 Dikhabarkan Hadir Dengan Kamera F/1.4, Lensa Bukaan Terbesar Bagi Telefon Pintar
- Sony Akan Tamatkan Pengeluaran PS Vita Pada Tahun Hadapan
- Samsung Mungkin Guna Cip 5G Dari MediaTek Untuk Kelas Pertengahan
- Redmi 7A Berharga RM459 Boleh Mula Dibeli Dari Xiaomi Official Store Global