Melalui perkongsian di laman Facebook Huawei Malaysia, peranti terbabit akan dibawa masuk tidak lama lagi. Berkenaan dengan spesifikasi, MatePad Pro tampil dengan skrin LCD berkeluasan 10.8 inci. Pada bahagian hadapan, terdapat juga rekaan berlubang pada penjuru yang menempatkan kamera 8MP f/2.0. Kamera talaan belakang pula menggunapakai lensa 13MP f/1.8 beserta fungsi flash.
Bagi sistem memori, MatePad Pro ditawarkan dengan RAM sehingga 8GB serta ruang simpanan sehingga 512GB. Ia dimuatkan dengan cip pemprosesan berkuasa tinggi daripada Huawei iaitu Kirin 990 dengan GPU Mali G76.
Peranti dibekalkan bateri dengan kapasiti 7250mAh yang mana ia menyokong pengecasan melalui port USB-C
Mempunyai empat pilihan warna iaitu Pearl White, Midnight Grey, Orange dan Forest Gree, harga jualannya masih belum didedahkan lagi.
Berkaitan
- Dapatkan Aksesori Peranti Dari UGREEN Dengan Harga Promosi Hari Ini
- Moto X4 Akan Didagangkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Imej Panel Skrin Paparan Huawei P10 Tersebar
- Rangkaian Maxis Masih Yang Terbaik Di Malaysia Ketika Ini - OpenSignal
- AMD Ryzen Desktop APU Hadir Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
- Huawei Enjoy 8 - Spesifikasi Penuh Dan Imej Rekaan Tertiris
- Huawei Mate 20 Dan Nova 3i Turun Harga, Kini Dijual Pada Nilai RM 2399 Dan RM999
- Realme 5 Dan 5 Pro Rasmi Diumumkan, Akan Dijual Pada Harga Bermula RM599
- Skrin OLED OnePlus 7 Pro Terima Penarafan A+ Selepas Diuji DisplayMate
- Imej Huawei P30 Pro Tertiris, Memperlihatkan Rekaan Flash Lebih Panjang