Jualan iPhone X Merudum: Kesan Negatif Kepada Samsung

Apple Inc. menyaksikan peranti utama 2017 mereka mungkin tidak akan mencapai sasaran jualan mereka dan Apple membuat keputusan untuk mengurangkan kapasiti pengeluaran. Sasaran awal Apple untuk suku pertama tahun ini adalah menghasilkan 45 hingga 50 juta unit iPhone.

Permintaan yang lemah untuk iPhone X itu juga memberi kesan kepada Samsung melalui Samsung Electronics. Samsung Electronics bertanggungjawab menghasilkan panel OLED untuk iPhone X dan mereka juga terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran kepada 20 juta unit dan ke bawah untuk suku tahun pertama ini.



Samsung pula sedang dalam persiapan melancarkan peranti utama mereka untuk tahun ini iaitu Galaxy S9 di Mobile World Congress (MWC). Selain Apple, Samsung Display juga menghasilkan panel OLED untuk peranti OnePlus 5T yang menggunakan Optic AMOLED.