Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem mySIKAP JPJ Akan Tergendala Sementara Pada 9-10 Mac

JPJ Perkenal Aplikasi Baharu Untuk Bida Nombor Plat Kenderaan – Ujian Rintis Mulai Esok

Diterbitkan Februari 17, 2025 ยท Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengumumkan aplikasi baharu bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan, iaitu JPJeBid Mobile, yang akan melalui fasa ujian rintis (pilot test) bermula esok, 18 Februari 2025.

Menurut JPJ, pembangunan aplikasi JPJeBid Mobile menggunakan teknologi mudah alih terkini untuk memastikan platform itu lebih kukuh dan cekap dalam menangani isu aksesibiliti terhad dalam Sistem JPJeBid sedia ada.

Aplikasi ini dilengkapi ciri baharu seperti rekaan lebih mesra pengguna, pengemaskinian notifikasi, paparan Siri nombor pendaftaran kenderaan akan datang serta ciri-ciri personalisasi yang membolehkan pengguna kemas kini profil, muat naik gambar dan sebagainya.

Pengguna JPJeBid boleh memuat turun aplikasi JPJeBid Mobile menerusi Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Seterusnya, log masuk menggunakan akaun JPJeBid sedia ada pengguna.

JPJ Perkenal Aplikasi Baharu Untuk Bida Nombor Plat Kenderaan – Ujian Rintis Mulai Esok

Sepanjang tempoh ujian rintis ini, JPJ memaklumkan saluran bidaan nombor pendaftaran kenderaan sedia ada iaitu portal JPJeBid dan aplikasi JPJeBid masih boleh digunakan seperti biasa oleh pengguna.

Sementara itu, bagi memastikan aplikasi JPJeBid Mobile memberikan perkhidmatan lebih baik, pihak JPJ juga akan melaksanakan kaji selidik secara dalam talian bermula 18 Februari 2025, melalui peti masuk akaun pengguna JPJeBid secara berperingkat.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Anda Kini Boleh Bayar Saman Melalui Aplikasi MyJPJ, Ini Caranya
  • Ini Cara Mohon Tukar Lesen 'P' Kepada CDL Melalui Aplikasi MyJPJ
  • MOT, KPDN Akan Bincang Haramkan Penjualan 'Dummy Buckle' - Loke

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY