Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nombor plat MADANI___

JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Plat ‘MADANI’

Diterbitkan Oktober 20, 2024 · Dikemas kini Oktober 20, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kini menawarkan bidaan bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘MADANI’, dengan harga minimum bermula RM100.

Harga bidaan minimum bagi siri nombor plat berkenaan ditetapkan mengikut kategori seperti berikut:

nombor plat MADANI_

Menurut JPJ, hasil penjualan NPI ini juga merupakan salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Antaranya termasuk program MyLESEN, Pertukaran Topi Keledar, FlySISWA, Pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan lain-lain.

nombor plat MADANI_2

Tawaran bidaan NPI MADANI telah dibuka bermula 19 Oktober hingga 23 Oktober 2024, jam 10.00 malam melalui sistem JPJeBid.

Sementara keputusan bidaan akan dikeluarkan pada 24 Oktober 2024, dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida perlu didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan. Untuk membida, layari portal JPJeBid.

Berkaitan

  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Khas "EV" Untuk Kenderaan Elektrik
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai JPJePlate
  • JPJ Tambah Lokasi Pemasangan Tag RFID VEP
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY