Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data leak_

JPDP Siasat Dakwaan Ketirisan Data Peribadi Laman Web Misi Rakyat

Diterbitkan Julai 14, 2023 · Dikemas kini Julai 14, 2023 oleh Amalina Athman

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) memaklumkan telah memulakan siasatan berhubung dakwaan insiden ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat, milik syarikat Bangsa Bertauhid.

Berkaitan

  • JPDP Dan CyberSecurity Malaysia Siasat Insiden Ketirisan Data 11 Ribu Pemohon UiTM
  • Buang Segera 2 Aplikasi Popular Android Ini Didapati Hantar Data Pengguna Ke China
  • unifi Sahkan Kebocoran Data

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JPDP berkata ketirisan data itu didakwa telah dimuat naik oleh seorang penggodam dalam laman BreachForums dan aplikasi Telegram pada 3 dan 4 Julai yang lalu.

Berikutan dakwaan tersebut, JPDP telah menerima laporan mengenai insiden itu daripada MyCERT, CyberSecurity Malaysia (CSM) pada 4 Julai 2023.

Selain itu, JPDP telah menghubungi syarikat Bangsa Bertauhid untuk mendapatkan pengesahan berkenaan insiden serta sampel data yang terlibat. Pengasas Misi Rakyat juga telah dipanggil untuk rakaman percakapan pada 13 Julai 2023.

Sementara itu, bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut, JPDP turut bekerjasama dengan CSM untuk mengenal pasti sekiranya berlaku sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Sumber: JPDP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY