Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPDP Dan CyberSecurity Malaysia Siasat Insiden Ketirisan Data 11 Ribu Pemohon UiTM

JPDP Dan CyberSecurity Malaysia Siasat Insiden Ketirisan Data 11 Ribu Pemohon UiTM

Diterbitkan Mei 12, 2023 ยท Dikemas kini Mei 12, 2023 oleh ariff bukhari

Pada 9 Mei 2023 lalu, seorang pengguna Twitter melaporkan telah berlaku insiden ketirisan data sehingga menjejaskan lebih 11,000 orang pemohon Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ekoran daripada itu, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menegaskan bahawa mereka memandang serius insiden itu dan bekerjasama dengan pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

Siasatan itu bertujuan bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

Menerusi kenyataan rasmi, Ketua Pengarah JPDP, Prof. Dr. Mohd Nazri bin Kama menggesa semua Pengguna Data untuk mematuhi prinsip, peraturan dan standard perlindungan data peribadi di bawah akta 709.

Mereka juga diingatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati ketika memproses data peribadi bagi mengelakkan insiden ketirisan data.

Berkaitan

  • UiTM Mohon Maaf Berhubung Kebocoran Hampir 12,000 Data Pemohon
  • EMUI 13 Akan Dilepaskan Seawal Jun 2023, Ini Peranti Yang Akan Dapat
  • 3 Aplikasi Popular Google Ini Bakal Terima Kuasa 'AI'

Sumber: JPDP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY